Hidup itu indah...

HIDUP ITU ADA PILIHAN. SETIAP PILIHAN ADA KESILAPAN.

27 tahun berlalu. Hidup ini penuh dengan liku² yang kadangnya membuatkan aku tersungkur jatuh. Tapi aku bangkit, mengejar mimpi² yang indah disebalik gerimis. Jatuh bangun aku tetap sendiri. Kadang² aku sendiri tak tahu kenapa, hidup ini seakan tidak ada maknanya buat diri ku.

Dalam kesepian, aku cuba bangkit mencari pelangi yang hilang. Mencari tawa yang pudar. Pernah satu ketika, hidup ini seolah begitu bahagia. Namun, yakinlah ketentuanNya bahawa segalanya di dunia ini hanyalah pinjaman. Bila² masa, Dia boleh mengambilnya semula.

Puas aku berfikir, dimanakah silap dan kurang ku?

Puas aku bertanya, mengapa semua jadi sebegini?

***

Jawapannya, hanya aku dan tuhan saja yang tahu. Begitu berat hatiku untuk merelakan semuanya, namun aku tetap yakin. Sebesar dugaan yang dilalui, pasti akan ada hikmah. Seperti gerimis, takkan bertahan lama. Pasti akan muncul juga matahari.

Bila waktunya?
Aku masih lagi menanti dengan penuh kesabaran. Terima kasih ya tuhanku, memberikan aku waktu yang singkat untuk menyedari semua ini.




Comments

Popular Posts