Beautiful tragic
Ini
bukannya pertama kali, aku mempersoalkan apa aku mahukan untuk hidupku di masa
akan datang. Well said, aku mahukan
semuanya sempurna.
Tapi
kesempurnaan itu tak selalunya kepunyaanku. Dalam perjalanan mencari
kesempurnaan itu, penuh liku-liku yang kadangkalanya membuat aku jatuh
tersungkur. Aku, takkan cepat mengalah
kerana sifat itu bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan. Walaupun impian itu
kadangnya hanya khayalan, di jalan itu telah mengajar aku sesuatu yang tak
dapat aku gambarkan dengan kata-kata.
Benar kata
orang, kesabaran itu akan membuahkan hasil. Walaupun disaat menempuhi halangan
liku itu terasa diri bagaikan kehilangan segalanya. Pernah satu saat, aku
seolah hilang harapan. Aku melalui jalan gelapku sendiri. Akhirnya aku mampu
berdiri seteguh ini sekarang.
Hidup ini takkan
seindah yang diimpikan. Tetapi setiap putaran hidup itu memberi seribu erti
yang sungguh bermakna.
Shakespeare love quote : Romeo & Juliet – Act 1, Scene 1
'Love is a smoke and is made with the fume of sighs'
Comments
Post a Comment