Drama Review : Crash Landing On You (Korea)

Drama ni mengisahkan tentang Se-Ri (seorang perempuan kaya) dari South Korea yang accidently terjatuh ke dalam military based North Korea disebabkan oleh angin taufan semasa dia sedang menguji payung "Para-gliding".

Dia terjumpa dengan Captain Ri (Hyun Bin), yang ketika itu bertugas disempadan. Dalam usaha untuk pulang ke South Korea, Se-Ri tersilap jalan dan sampai ke perkampungan/kawasan perumahan askar. Semasa sedang bersembunyi di rumah Captain Ri, sesuatu yang tak diduga jadi dan Captain Ri memperkenalkan Se-Ri sebagai tunangannya. 

Dalam usaha untuk membantu Se-Ri pulang ke South Korea, macam-macam dugaan yang diorang lalui.

Cerita ni masih lagi on-going dekat Netflix. Sekarang dah episod 14. Korang kena pergi tengok cerita ni. Khabar angin mengatakan Hyun-bin mendapat bayaran paling tinggi untuk setiap episod cerita ni. Korang dapat tengok la dalam cerita ni keadaan/kehidupan yang ketara berbeza di South Korea dan North Korea. Yang pasti, pemandangan lokasi cerita ini memang menakjubkan.




Comments

Popular Posts