Drama : Mr Sunshine (2018)

Drama ni adalah drama korea yang dikeluarkan pada tahun 2018 berkisarkan zaman peralihan Korea dimana kuasa-kuasa besar masa itu Jepun, Rusia dan Amerika.


"Gun, Glory, Sad Ending"


Memang tepat la perkataan-perkataan ni untuk describe jalan cerita drama ini. Banyak memainkan emosi sebab episod awal drama ni menceritakan bagaimana ibu bapa watak utama drama mati disebabkan perbezaan taraf hidup dan pada waktu itu Korea berada dizaman pemberontakkan dimana rakyatnya nak menyelamatkan negara mereka daripada dijajah oleh negara lain.

Capt.Eugene Choi, berasal dari Joseon telah lari ke Amerika semasa kecil selepas kematian ibu bapanya. Sekembalinya dia ke Joseon, dia ingin menuntut bela kematian ibu bapanya dan mencari kubur mereka. Tapi dalam masa yang sama dia secara kebetulan berjumpa dengan seorang gadis bangsawan, Lady Aesin ketika sedang melakukan tugas sebagai penembak hendap. Lady Aesin kehilangan ibu bapanya di Jepun, ketika itu dia baru dilahirkan. Aesin dibawa pulang ke Korea dan dibesarkan oleh datuknya.

Drama ni sebenarnya mengisahkan percintaan antara Captain Eugene Choi dan Lady Aesin, tetapi ada dua orang lagi lelaki yang mencintai Aesin dalam diam iaitu bekas tunang Aesin (Kim Hae Sung) dan seorang yakuza, Gu Dong Mae (Ishida Sho). Mereka berempat terlibat dalam usaha memerdekakan Korea daripada genggaman Jepun. Dalam masa yang sama ada seorang perempuan kaya, pemilik hotel (Hina Kudo) yang secara tak langsung terlibat dan membantu juga.

Plot cerita cinta tapi lebih banyak dalam kisah perjuangan memerdekakan tanah air. Tak dinafikan drama ni memang layak mendapat rating tinggi dan berbaloi untuk di tonton. For me, saya suka watak Gu Dong Mae. Entah, mungkin ada auranya sendiri.

#mrsunshine #kdrama


Comments

Popular Posts