Movie Review : Super 30



Hi guys,

Okay ni nak bagitau ada satu lagi cerita berdasarkan kisah benar. Pasal cikgu-cikgu gak ni. Filem Hindi lakonan Hritrik Roshan.

Kisahnya bermula dengan cerita Anand Kumar (Hritrik Roshan), seorang genius matematik yang berjaya menyelesaikan permasalahnan matematik pada satu jurnal asing. Disebabkan itu, dia menerima tawaran untuk belajar ke Cambridge University. 

Malangnya disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, Anand tak dapat terusan impiannya. Selepas kematian bapanya, Anand membantu keluarga menjual papadom dengan basikal. 

Satu hari, dia terjumpa dengan seorang pemilik pusat pembelajaran swasta yang menawarkan dia kerja dan gaji yang lumayan. Hidup dia senang,tapi disebabkan satu kejadian dimana seorang anak orang miskin yang tak dapat sambung belajar sebab tak dapat membayar yuran, Anand sedar dan teringat kembali masa dia susah.

Bermula daripada itu Anand membuka pusat pengajian percuma untuk anak-anak orang miskin. Permulaannya, dia mengajar 30 orang pelajar yang berjaya di peperiksaan kemasukkan ke IIT.

Korang kena tonton cerita ni kalau korang dah tengok cerita Tamil sebelum ni.




Image result for super 30

Comments

Popular Posts