Movie Review: To All The Boys I've Loved Before

Image result for to all the boys i loved before

Asalnya cerita ni adalah novel yang dah dibawa ke layar. Cerita ni ala-ala cerita kat Disney Movie, kisah-kisah remaja.

Cerita ni menceritakan pasal seorang budak perempuan, Lara Jean yang suka berangan bercinta tapi takut nak lalui betul-betul bercinta. Dia suka tulis surat cinta untuk lelaki-lelaki yang dia suka dan simpan dalam kotak. 

Satu hari, adik perempuan Lara, Kitty telah menghantar  surat-surat tersebut kepada semua budak lelaki yang pernah disukai oleh Lara. Terjadi satu konfrontasi di antara semua budak lelaki tersebut. Salah seorangnya adalah Josh Sanderson, bekas teman lelaki kakak Lara, Margot dan Peter Kavinsky, budak lelaki yang pernah disukai Lara semasa Gred 7.

Peter mengambil kesempatan ini untuk membuatkan bekas teman wanitanya, Gen cemburu dengan membuat perjanjian dengan Lara untuk menjadi teman wanitanya yang baru. Tapi keadaan bertukar sebaliknya, Peter betul-betul jatuh hati dengan Lara. Begitu juga Lara.

Comments

Popular Posts