Planner : Reason why I love being a planner girl?

Hello,

As you all know, i am always crazieee about planners. Okay, i've started using planners since primary school. Masa tu kan famous dengan diary yang ade lock and berbau wangi. Haa, i got one too. Lepas tu, buku spiral from Disney. Memang banyak la. Then, my dad always give me the free planner from government office.

Masa darjah 3, dah start palnning untuk everyday punya aktiviti which is i find it very useful. Setiap jam akan diisi dengan aktiviti ape yang perlu dibuat. Masa ni, fuhh busy sangat. Sekolah dari 0730H to 1330H then sambung sekolah agama pukul 1400H to 1700H. Lepas tu sambung kelas tambahan 1730H to 1900H. Malam pon masih ada kelas tambahan dari 2030H to 2200H. Packed sangat kan. I am more to study than sport, so memang I suka sangat masuk kelas macam ni. Alhamdulillah, result UPSR time tu bagus jugak. Time ni tengah gile komik Sailormoon and Doraemon. Banyak gile koleksi. Haha. Siap buat komik sendiri dengan kawan-kawan which is kene rampas dengan cikgu sebab mengganggu dalam kelas. Nakal betul.

Okey, bile dah masuk sekolah menengah, jadual tak berapa nak pack sangat. Masa tingkatan 1-3, I sekolah petang je and malam pergi kelas tambahan. So pagi memang banyak la masa terluangnya. Time ni zaman di mana membeli majalah dan gunting gambar artist yang korang suka and tampal dalam buku, buat scrap book. haha, yes I pon pernah melalui zaman ni.  Masa tingkatan 3, start busy sikit dengan aktiviti sekolah sebab masa tu jadi penolong ketua kelas and pembimbing rakan sebaya which is tolong cikgu handle student yang bermasalah. Alhamdulillah, result PMR pon okay tak terganggu la dengan semua aktiviti tu.

Masuk tingkatan 4-5, dah pindah sekolah teknik. Haa, time ni la baru tau planner tu penting sangat. Yela, time ni banyak subjek kene ambik and dah nak SPM. Dengan kelas tambahan lagi and masuk pulak sport (sport ke ntah), main lawn bowl dekat stadium. Malam ada kelas AutoCad lagi. Penat jugak la sebab balik sekolah naik bas sendiri. Fuhhh...

Ok, lari banyak jugak sebenarnya dari tajuk post ni. Macam mengimbau kenangan sekolah pulak.

Well, actually nak cakap yang guna planner ni sangat membantu dalam aktiviti harian and being well organised all the time tu kan tak salah. Kira tak banyak la membazir masa kan sebab sibuk nak pikir aktiviti ape nak dibuat.


Sampai la zaman kerja sekarang ni, I am well organised dengan my weekly layout dalam Cherry Liquor Kate Spade Planner. Boleh Refer to my video on Youtube below, ada flip through my planner.


Later, kalau ada masa free lagi i will show you what the content in my planner or for 2018 setup maybe. Till then, bye.


Comments

Popular Posts