Movie Review: Bisik Pada Langit
Hi readers, Ok maybe belum terlambat nak review kot cerita ni. Pelakon utama cerita ni Jalil Hamid, Beto Kusyairi , Ummi Nazeera, Fadilah Mansor, Naim Daniel dan Erwin Dawson.
Cerita ini mengisahkan pengorbanan seorang bapa (Jalil Hamid), yang sanggup mengorbankan harta untuk pergi melawat anak tunggal perempuannya, Hajar (Umi Nazeera) yang koma selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Australia.
Dalam masa yang sama keluarga mereka sebenarnya ada konflik dalaman yang mana situasi ini menampakkan si ayah terlebih memberi perhatian dengan anaknya Hajar. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati anak bongsunya, Iqram (Naim Daniel). Watak abg sulubg, Zaidi (Beto Kusyairi) dan ibunya ( Fadilah Mansor) snetiasa tenang dan positif menghadapi keadaan sukar. Kadang-kadang Zaidi terasa hati tapi dia tetap redha dengan semua yang terjadi.
Di Australia, sewaktu Hajar terlantar di hospital, Irwan ( Erwin Dawson) sentiasa menemani dan menguruskan semua hal-hal Hajar hingga la saat terakhir dia. Masa kemuncak cerita ni adalah semasa Hajar sedang nazak dan memanggil ayahnya. Irwan segera menelefon ayahnya, saat itu memang sangat sedih sebab ayahnya mengajar Hajar untuk mengucap buat kali terakhir.
Ok la, kalau nak tahu lebih lagi sila lah menonton cerita ni. Tak rugi rasanya membeli tiket. One of the good story.
Out of 5 stars, i give 5.

Comments
Post a Comment