Roh yang kembali di bulan Ramadahan

Apabila tiba bulan ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah s.w.t. untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupon ada penjamin² yang mendoakan mereka. Manakala roh² yg tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak² mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini, mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka² yang masih hidup.

Di sini, diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang² yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorangyang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang² yang hidup.

Oleh itu, wahai sahabatku, jangan biarkan orang² yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dahulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak² yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sumber - Unknown

Comments

Popular Posts