Cinta
"Waktu, jatuh cinta kepada matamu: sepasang laut, yang sanggup melembutkan maut"
Ketika itu, kau duduk dipesisiran memandang jauh ke tengah lautan. Di dalam fikiranmu, "siapa aku dihatimu?". Lantas fikiran itu terus melayang sehingga matahari pulang meninggalkanmu. Yang ada cumalah tiupan angin dan kicauan burung yang mahu pulang.
"Jika cinta kita mati. makamkanlah pada hati sendiri², agar jika kita merindukannya, kita tahu kemana harus mencari."
Sekali lagi, aku cuba mengatakan sedalam²nya agar kau faham semua isi hatiku. Namun, seandainya cinta itu masih lagi untukku kau tetap akan kembali dengan senyuman. Pulanglah dari pesisir pantai itu, dan tenangkanlah hatimu dengan ayat² suci kerana aku juga berbuat begitu. Masih mencari jawapan itu, bukan kerana tidak pasti tetapi untuk mencari kepastian.
"Dimataku simpan sedihmu: laut yang tak pernah surut, ombak yang tak pernah membiarkan kau hanyut."
Lalu, disitu aku terlihatkan sepasang hati yang cuba untuk saling melengkapi. Oh tuhan, jika dia untukku, tunjukkan kami ke jalan-Mu. Semoga segalanya berjalan di atas landasan-Mu.
XOXO
Kimmy
Comments
Post a Comment