Jika itu milikku...
"Di senja yang berhujan, pernah ku kenal seseorang dengan tangan selembut angin. Dan dari matanya mengalir cerita yang tak habis ku baca. "
"Dimana aku tak bisa bermimpi lagi, aku harap cinta kita sebuah kenyataan."
Kenyataan itu mungkin sukar untuk difahami. Selalunya realiti itu tak seindah yang diimpi. Kenapa? Bila mengharapkan sebuah cinta yang tiada penghujungnya.
Ahh...hujan diluar semakin lebat, begitu juga perasaan ini. Entah, bagaimana hendak digambarkan. Takut kiranya perasaan itu datang sepantas itu dan akhirnya terkubur seperti sebelumnya. Dimana tempat itu yang dicari untuk menetapkan semuanya?
Aku hanya mampu berserah kerana jika jodoh yang dicari itu milikku, ia pasti kekal. Sekiranya tidak, sekuat mana terus pertahankan pasti akan terlerai juga. Redha, ya perkataan ini sering aku dengar daripada dia, seorang teman. Katanya, semua benda yang berlaku ada hikmahnya. Ketentuan yang telah ditentukan untuk kita. Aku banyak belajar dari pengalaman²nya juga.
Sekarang baru aku paham perasaan itu, walaupun sedih dan terluka tapi jika kita redha dengan ketentuanNya, semuanya tidak memberi kesan yang mendalam sangat. Wahai hati, belajarlah untuk menerima segalanya dengan tenang.
Comments
Post a Comment